KESIMPULAN
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu. Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilai-nilai individualistik akibat pengaruh budaya barat.