PERSEMBAHAN
Persembahan Wayang Kulit
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerakgeri. Lazimnya semasa patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan,peperangan atau lain-lain maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu.
Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding dan atap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tiga atau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang boleh mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit. Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yang dipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu (sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampu inilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir untuk ditonton dari bahagian hadapan panggung.
Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang adalah peneraju utama sebagai pencerita dan pembawa patung patung wayang kulit yang berada di sebalik kelir yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakan yang dilakukan.
Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihan dan kematangannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidak putus dengan ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu seperti seorang wanita. Dalang juga secara spontannya akan menyelitkan kisah lucu yang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagulagu ciptaan semasa yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang. dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untuk dinikmati dan dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburan
pengisi waktu.